Pasangan Guna Khidmat Anjing Tangkap <b>Gambar Kahwin</b> <b>...</b> - Gambar Oh Kahwin |
- Pasangan Guna Khidmat Anjing Tangkap <b>Gambar Kahwin</b> <b>...</b>
- <b>Gambar Kahwin</b> Nad Zainal - Kepala Bergetar
- <b>Gambar Kahwin</b> Keith Foo dan Kim Raymond - Kepala Bergetar
- Eksklusif: 8 <b>Gambar Kahwin</b> Dr Shazril Bakal Buat Anda Telan Air Liur!
- <b>Gambar Kahwin</b> Maria Farida Dan Datuk Rahman 26.11.2015 <b>...</b>
- (50 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Nad Zainal & Muhammad <b>...</b>
Pasangan Guna Khidmat Anjing Tangkap <b>Gambar Kahwin</b> <b>...</b> Posted: 29 Nov 2015 10:49 PM PST Walaupun kebanyakan orang hari ini mencari jurugambar profesional untuk merakam detik perkahwinan dengan cara unik dan cantik, Addie dan Marshall Burnette memutuskan untuk mengupah anjing husky milik mereka melakukannya! Mereka mengikat kamera GoPro di leher anjing itu dan membiarkannya berjalan dengan bebas dalam majlis yang berlangsung di Mountain Roan, Tennessee, di mana pasangan itu bertemu janji kali pertama 10 tahun lalu. "Ia sangat unik dan ajaib," komen Marshall di Youtube. "Anjing kami, Ryder berkeras untuk lakukan penggambaran video perkahwinan, jadi kami biarkan dia melakukan perkara itu. Kami mengambil sedikit masa untuk mengedit rakaman itu, tetapi kami rasa dia melakukan kerja yang hebat," komennya lagi. – MYNEWSHUB.CC |
<b>Gambar Kahwin</b> Nad Zainal - Kepala Bergetar Posted: 18 Dec 2015 06:18 PM PST Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25 sah bergelar isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang semalam dengan sekali lafaz. Majlis berlangsung secara tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, di sini. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Nad sendiri, Zainal Abidin Abu. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300. Bagaimanapun, butiran lain dirahsiakan pengantin atas permintaan keluarga. "Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis," kata Nad yang ditemui BH Online sebentar tadi ketika berlangsungnya majlis resepsi di lokasi sama. Pasangan berkenaan sudah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini. Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah. Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu. | Sumber Bharian Photo: Instagram Nad Zainal |
<b>Gambar Kahwin</b> Keith Foo dan Kim Raymond - Kepala Bergetar Posted: 01 Dec 2015 07:30 PM PST Keith Foo dan pasangannya Kim Raymond yang juga merupakan pengurusnya selamat meraikan ikatan perkahwinan mereka dalam majlis minum teh bersama keluarga semalam. Aktor yang menjadi pujaan ramai ini sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lalu lagi. Ianya diakui sendiri oleh Kim ketika hadir di set penggambaran yang menemani Keith untuk sesi penggambaran muka depan Majalah EH! isu bulan September lalu. "Ya, kami dah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan saja. Semuanya dilakukan tahun lalu," jelasnya kepada majalah tersebut. Selain itu, pasangan ini juga berkongsi perancangan mereka yang mahu mengadakan majlis resepsi pada hujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan. Gambar pasangan ini pada majlis keraian mereka berlangsung pada Isnin lepas. | Sumber Rotikaya |
Eksklusif: 8 <b>Gambar Kahwin</b> Dr Shazril Bakal Buat Anda Telan Air Liur! Posted: 10 Dec 2015 12:19 AM PST Pada 2 November 2015 lalu, Doktor Shazril telah dijemput ke konti HOT FM untuk ke udara secara langsung. Paling mencetuskan kontroversi apabila ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin sanggup membuat panggilan ke Hot FM semata-mata untuk menempah doktor Say Shahzril ketika bersalin nanti. Sebaik sahaja ke udara di Hot FM, Dr Shazril kini telah jadi popular terutama dalam kalangan kaum hawa tanpa mengira umur. Meskipun ada yang sudah mengetahui namun ada juga yang masih belum mengetahui. Dr Say yang korang-korang dok gilakan hari tu ni sudah pun mempunyai teman hidup dan sudah berkahwin! Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar perkahwinan beliau. So kalau nak minat lepas ni pun biarlah berpada-pada okay? Tak payah nak gedik-gedik nak jadi isteri kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Laki orang ni ! Eksklusif: 8 Gambar Kahwin Dr Shazril Bakal Buat Anda Telan Air Liur! 2015-12-10T16:19:00+08:00 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah |
<b>Gambar Kahwin</b> Maria Farida Dan Datuk Rahman 26.11.2015 <b>...</b> Posted: 26 Nov 2015 04:51 AM PST Published Thursday, November 26, 2015 By melvister. Under dunia hiburan tempatan Gambar kahwin atau nikah Maria Farida dan Datuk Rahman pada 26 November 2015. Tahniah diucapkan kepada Maria Farida yang berusia 45 tahun kerana telah menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman yang berusia 62 tahun. Majlis perkahwinan pasangan ini telah berlangsung pada jam 3.30 petang bertempat di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Bukit Kiara. Manakala Maria Farida sah bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz pada jam 11.00 pagi. Maria turut menerima mas kahwin RM2,000 beserta sebentuk cincin. Bagaimanapun tiada wang dan dulang hantaran diberikan pihak lelaki. Terdahulu, Maria Farida pernah berkahwin namun diakhiri dengan perceraian sejak 10 tahun lalu. Maria Farida turut dianugerahkan dengan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama. Datuk Rahman pula telah dikurniakan enam anak hasil perkahwinan terdahulu. Mengenai kontroversi Maria Farida merampas suami orang. Maria Farida dalam kenyataan rasmi turut menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya, Datuk Rahman telah bercerai dengan bekas isterinya kerana masalah peribadi dan tiada kaitan dengan dirinya. Apapun, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat diucapkan kepada pasangan Maria Farida dan Datuk Rahman. Gambar Kahwin Maria Farida Dan Datuk Rahman 26.11.2015 |
(50 GAMBAR)Sekitar Majlis Pernikahan Nad Zainal & Muhammad <b>...</b> Posted: 18 Dec 2015 03:24 AM PST Written by AbangNara | December 18th, 2015 Sebentar tadi telah pun berlangsung majlis pernikahan Nad Zainal dan Muhammad Faliq. Majlis ini telah berlangsung di rooftop Hotel Bukit Jelutong. Kedua-dua pasangan pengantin nampak cantik berseri-seri dengan persalinan serba putih. Memang sama cantik dan sama padan. Tahniah diucapkan kepada Nad dan Faliq atas ikatan yang dibina ini. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai. Semoga makin murah rezeki Nad Zainal dan suami selepas ini. Tahniah sekali lagi. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar adalah bidikan daripada Teddyfilm.co.
Related
RelatedTAGS: nad zainal, terbaru nad zainal, gambar kahwin nad zainal, gambar nikah nad zainal, suami nad zainal, gambar persandingan nad zainal PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. |
You are subscribed to email updates from "gambar kahwin" - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |