Thursday 4 December 2014

GAMBAR KAHWIN TUNKU MAHKOTA JOHOR | - blog ammar - Gambar Oh Kahwin

<b>GAMBAR KAHWIN</b> TUNKU MAHKOTA JOHOR | - blog ammar - Gambar Oh Kahwin


<b>GAMBAR KAHWIN</b> TUNKU MAHKOTA JOHOR | - blog ammar

Posted: 23 Oct 2014 10:36 AM PDT

gambar kahwin tunku mahkota johorGAMBAR KAHWIN TUNKU MAHKOTA JOHOR

Pewaris Kesultanan Negeri Johor iaitu Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya pada pagi 24 Oktober 2014.

Menurut sumber dari Bernama, TMJ akan melangsungkan pertunangan dan perkahwinan pada tarikh yang sama iaitu 24 Oktober 2014. Baginda bakal disatukan dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh kerabat diraja dan keluarga terdekat pada jam 10 pagi 24 Oktober 2014. 

Gadis bertuah iaitu Cik Khaleeda Binti Bustamam akan disatukan dengan Tunku Mahkota Johor dalam satu majlis perkahwinan yang akan berlangsung di Istana Bukit Serene.

Berikut adalah sedikit info mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan Tunku Mahkota Johor 24 Oktober 2014:

Tunang dan nikah: 24 Oktober 2014 (10.00 pagi)

Jurunikah: Mufti Johor, Datuk Tahrir

Tempat: Istana Bukit Serene

Jemputan: Kerabat diraja dan keluarga terdekat sahaja

Persandingan: 8 November 2014 (8.00 malam)

Semoga majlis istiadat perkahwinan Tunku Mahkota Johor dan Cik Khaleeda  berjalan lancar. Insyaallah.

*Gambar perkahwinan TMJ akan dikemaskini dari masa ke semasa. 

gambar kahwin tmj

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat tiba di Istana Bukit Serene untuk Istiadat Pernikahan. Gambar: Berita Harian

gambar nikah tmj

Kenderaan rasmi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memasuki pintu Istana Bukit Serene. Gambar: Berita Harian

foto kahwin tmj

gambar perkahwinan tmj dan cik khaleeda

gambar pernikahan tmj dan cik khaleeda

gambar perkahwinan tunku mahkota johor

No comments:

Post a Comment

Popular Post