Tuesday, 15 April 2014

ARTIS: Gambar Kahwin RAdhi OAG & Nur Shahira Ayu (8 Gambar ... - Gambar Oh Kahwin

ARTIS: <b>Gambar Kahwin</b> RAdhi OAG & Nur Shahira Ayu (8 Gambar <b>...</b> - Gambar Oh Kahwin


ARTIS: <b>Gambar Kahwin</b> RAdhi OAG & Nur Shahira Ayu (8 Gambar <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2014 08:42 PM PDT

ARTIS: Gambar Kahwin RAdhi OAG & Nur Shahira Ayu (8 Gambar) | Selepas empat tahun mengenali hati budi, vokalis kumpulan OAG Mohd Radhi Razali atau Radhi dan pasangannya model sambilan, Nur Shahira Ayu Zahiri sepakat mengikat hubungan mereka ke jenjang pelamin.

Justeru, pasangan sepadan ini juga memilih tarikh 4 April dan keberkatan hari Jumaat untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka.

Dengan sekali lafaz, Radhi, 37, sah bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu, 20, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 10.30 pagi semalam.

Majlis akad nikah itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Negeri, Mohd Firdaus Subhi dengan mas kahwin sebanyak RM300.

BERSAMA anak tunggal Radhi, Muhammad Rifdli Muslim.

Ketika ditemui, Radhi yang segak dengan sut kurta putih mengakui, dia berasa lega dan tenang kerana majlis pernikahannya berjalan lancar seperti direncanakan.

Saya berkawan dengan Ayu selama empat tahun sebaik saja hidup menduda selepas bercerai.

"Dalam tempoh itu, pelbagai ujian kami tempuhi bersama, maklumlah saya masih dalam proses pemulihan lagi kerana terbabit dengan dadah sebelum ini.

"Ayu yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang proses pemulihan ini termasuk mendapatkan rawatan dengan PENGASIH sebelum ini," katanya.

Terus terang kata Radhi, dia juga sudah bersedia untuk membina keluarga semula sejak bertemu Ayu.

"Malah, Ayu juga rapat dengan anak tunggal saya hasil perkongsian hidup sebelum ini.

"Saya juga baru kembali membina karier seni selepas kisah hitam dulu. Pada masa sama, Ayu juga dalam proses untuk menjadi pengurus yang akan menguruskan karier seni saya selepas ini," katanya.

Ditanya perancangan selepas ini, Radhi berkata, dia dan isteri merancang untuk mengerjakan umrah.

"Soal majlis persandingan pula, kami merancang untuk mengadakannya sebelum atau pada Aidilfitri tahun ini.

"Paling lambat pun mungkin pada Disember nanti.

"Buat masa ini, kami sibuk kumpul duit untuk persiapan majlis persandingan yang dijadualkan itu," katanya.



Pada majlis pernikahan itu, Ayu menerima 12 dulang dan wang hantaran sebanyak RM30,000 daripada pihak Radhi dan dibalas 15 dulang oleh pihak perempuan.

Antara barangan hantaran daripada pihak lelaki ialah sirih junjung, cincin, kek, set wangian, beg tangan, manisan dan sebagainya.

Manakala barangan hantaran daripada pihak perempuan ialah buah-buahan, set penjagaan lelaki, sirih junjung, kek, manisan dan sebagainya.

Terdahulu pasangan ini juga turut mengadakan majlis merisik dan pertunangan sebelum majlis akad nikah dimulakan selepas itu.

Ayu terima Radhi seadanya

Walaupun usia masih muda dan baru mencecah 20 tahun, Nur Shahira Ayu mengakui Radhi banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Sebenarnya, saya sudah kenal Radhi sejak menuntut di tingkatan empat lagi.

"Radhi banyak bercerita pada saya mengenai pengalaman hitamnya terbabit dengan penagihan dadah sebelum ini.

"Pengalaman hidup Radhi juga banyak mematangkan saya dalam menempuhi kehidupan zaman remaja.

"Selain itu, saya terbuka hati untuk menjadi isterinya kerana Radhi juga seorang yang penyayang," katanya yang manis dengan busana sifon putih rekaan Shawn Sinar Sutera.

Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif dan bercerai pada 8 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdli Muslim, 8. -HM

No comments:

Post a Comment

Popular Post