<b>Gambar Kahwin</b> Almy Nadia Dan Fizz Fairus ~ Info Laju - Gambar Oh Kahwin |
<b>Gambar Kahwin</b> Almy Nadia Dan Fizz Fairus ~ Info Laju Posted: 26 Apr 2014 03:41 AM PDT Tahniah kepada pelakon terkenal, Almy Nadia yang kini sah bergelar isteri kepada Fizz Fairus, juga pelakon lelaki popular dengan sekali lafaz di kampung halaman pengantin perempuan di Pulau Pinang. Sebelum acara akad nikah berlangsung, pasangan sensasi ini telah mengadakan majlis pertunangan pada sebelah tengahari tadi. Mereka kemudian dinikahkan oleh jurunikah Nozli Mat sekitar jam 5.40 petangnya yang diadakan di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang. Jom layan 5 keping gambar sekitar majlis pernikahan itu berlangsung. Almy Nadia kelihatan begitu berseri-seri sehingga hampir menangis. Kini, penderitaan aktres itu sudah berakhir. Kredit foto kepada portal rotikaya. |
<b>Gambar Kahwin</b> Fizz Fairuz dan Almy Nadia | ! Love Is Cinta ! Posted: 27 Apr 2014 10:44 AM PDT Gambar Majlis Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia 26 April 2014 - walaupun sudah berlalunya hari yang terindah bagi pasangan ini namun di harap masih belum terlambat untuk mengucapkan jutaan tahniah untuk pasangan ini. Akhirnya cinta mereka telah bersatu walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. salah satunya kisah ini "Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela". Dengan itu Pelakon Fizz Fairuz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang 26 April 2014 disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim. Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin. Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin. Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5 - mStar online Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/04/gambar-majlis-pernikahan-fizz-fairuz.html#ixzz306gSWJvl Mereka mempunyai peminat setia. tak percaya boleh singgah ke page ini. banyak gambar perkahwinan mereka ada di sini. sangat cantik penampilan Almy Nadia yang bertudung, busana pengantin yang cantik dan sesuai dengannya. boleh lihat entri ini "Baju pengantin 2013" sekiranya mencari busana pengantin. :) Dua tiga kucingnya pun berlari anak, Mana nak sama kucing naik myvi, Cinta kuat tak gentar ombak bergolak, Semoga kekal bahagia hingga ke akhir nanti. Amin Apa-pun tahniah untuk mereka. Haishh lagi bersemangat nak kawin ni. Mihmih. Papaii. |
You are subscribed to email updates from "gambar kahwin" - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment