10 <b>gambar kahwin</b> Fizz Fairuz dan Almy Nadia | INFO si 88 - Gambar Oh Kahwin |
10 <b>gambar kahwin</b> Fizz Fairuz dan Almy Nadia | INFO si 88 Posted: 26 Apr 2014 10:52 PM PDT Selepas mengharungi pelbagai rintangan ketika bercinta, pasangan pelakon popular Fizz Fairuz dan Almy Nadia akhirnya sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Menurut laporan mStar, majlis yang berlangsung kira-kira jam 6 petang itu telah disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat dan berwalikan hakim. Mas kahwin sebanyak RM1,001 berserta wang hantaran berjumlah RM20,000 telah diserahkan oleh Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki turut menyerahkan sembilan dulang hantaran antaranya sirih junjung, cincin, beg tangan, minyak wangi, sejadah dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan sebelas dulang antaranya sirih junjung, Al-Quran, jam, kasut, cincin, iPad Mini dan buah-buahan. Fizz yang gembira dan bersyukur dengan pernikahan tersebut berharap agar rumah tangga mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat. "Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. "Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," ujarnya. Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah bercinta selama lapan tahun dan sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini pernah putus. Malah aktor itu turut terpalit dengan kontroversi apabila dia pernah bertunang dengan wanita lain. Almy turut memilik seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang berusia lima tahun. Majlis pertunangan aktres ini turut diadakan pada hari yang sama sebelum majlis pernikahan itu berlangsung. Mari kita lihat galeri sekitar majlis pertunangan dan pernikahan Almy Nadia dan Fizz Fairuz. [Kredit foto: Instagram The Permaisuris] |
You are subscribed to email updates from "gambar kahwin" - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment