Saturday 29 August 2015

Gambar Kahwin Putera Charles Dan Puteri Diana Dilelong ... - Gambar Oh Kahwin

<b>Gambar Kahwin</b> Putera Charles Dan Puteri Diana Dilelong <b>...</b> - Gambar Oh Kahwin


<b>Gambar Kahwin</b> Putera Charles Dan Puteri Diana Dilelong <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2015 06:36 AM PDT

Foto di sebalik perkahwinan diraja antara Putera Charles dan Puteri Diana akan dilelong dalam satu acara lelongan yang akan berlangsung September ini di Amerika Syarikat (AS).

Kesemua 12 foto yang akan dilelong merangkumi majlis resepsi yang berlangsung di Istana Buckingham pada 29 Julai 1981 serta majlis di St Paul's Cathedral.

Memetik laporan BBC, enam gambar yang dilelong memaparkan pasangan diraja bersama keluarga termasuk foto Ratu Elizabeth.

Antara foto lain menunjukkan Puteri Diana mendukung pengapit cilik Clementine Hambro, pandangan belakang ketika pasangan itu berada di anjung istana untuk bertemu rakyat.

Foto-foto berkenaan diambil daripada koleksi pembantu jurugambar Patrick Lichfield.

Lord Lichfield, yang juga merupakan sepupu kepada Ratu Elizabeth adalah hanya satu-satunya jurugambar yang dibenarkan untuk mengambil gambar tidak rasmi majlis perkahwinan diraja tersebut.

Perkahwinan di raja itu disaksikan oleh hampir 750 juta penonton di seluruh dunia dan menjadi program paling popular yang mendapat jumlah tontonan yang paling ramai pernah disiarkan.

Pasangan itu bercerai pada ogos 1996 dan Puteri Diana kemuadiannya maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Paris.

Dalam pada itu, jurucakap lelongan, Bobby Livingston berkata foto- foto ini sangat istimewa kerana memaparkan di sebalik tadbir persiapan perkahwinan diraja yang belum pernah dipertontonkan kepada umum.-SH

No comments:

Post a Comment

Popular Post