Saturday 20 September 2014

Gambar Kahwin Alif Satar Dan Sha Dila ~ Info Laju Terkini - Gambar Oh Kahwin

<b>Gambar Kahwin</b> Alif Satar Dan Sha Dila ~ Info Laju Terkini - Gambar Oh Kahwin


<b>Gambar Kahwin</b> Alif Satar Dan Sha Dila ~ Info Laju Terkini

Posted: 06 Sep 2014 12:00 AM PDT

Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi dan pengacara, Alif Satar, 24, kini secara rasminya bergelar suami kepada pasangannya, Sha Dila Binti Halid, 30 setelah selamat diijabkabulkan pada 11.40 pagi di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.


Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar dinikahkan oleh Jurunikah, Mohd Zaki bin Mahmood dengan berwali bapa pengantin perempuan Halid Bin Mohamad dengan mas kahwin RM80. Alif turut memberikan wang hantaran berjumlah RM19,000 kepada pengantin perempuan.

Sebagai pelengkap adat, pasangan ini turut bertukar dulang hantaran dengan lima berbalas tujuh.

Kedua-dua mempelai mengenakan persalinan sedondon berona putih yang ditempah sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Majlis akad nikah pasangan ini hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat. Majlis resepsi akan diadakan pada 20 September ini di Putrajaya.-gua.com.my

<b>Gambar Kahwin</b> Menang Anugerah Selfie Dunia - Siakap Keli

Posted: 06 Sep 2014 07:30 PM PDT


Preston – Sekeping gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka diiktiraf sebagai pememang Anugerah Selfie Dunia.

Gambar berkenaan dirakam pasangan terbabit ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.

Kata Robinson, ia bermula dengan sekadar rakaman gambar suatu keseronokan, tetapi juruukur binaan, itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di Internet.

"Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan 'pengapit lelaki' saya, iPhone," katanya.

Dia kemudian menghantar penyertaannya.

Sally – jururawat di Hospital Royal Preston – berkata, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan.

Pasangan itu bertemu ketika di bangku sekolah lagi dan bertunang selama dua tahun di Menara Empire State.

Gambar selfie pasangan ini dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu.

Pertandingan berkenaan dianjurkan Mobiles.co.uk dan menerima hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Popular Post