Sunday 7 September 2014

Gambar Kahwin Eina Azman Dan Datuk GMix 31 Ogos 2014 - Gambar Oh Kahwin

<b>Gambar Kahwin</b> Eina Azman Dan Datuk GMix 31 Ogos 2014 - Gambar Oh Kahwin


<b>Gambar Kahwin</b> Eina Azman Dan Datuk GMix 31 Ogos 2014

Posted: 31 Aug 2014 03:45 PM PDT

Gambar kahwin Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden atau dikenali Datuk Gmix pada 31 Ogos 2014. Tahniah diucapkan kepada pelakon Eina Azman yang telah bergelar seorang isteri kepada Datuk Gmix dengan hanya dua kali lafaz. Majlis perkahwinan telah berlangsung di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada jam 9.03 malam dengan tema pakaian ala punjabi. Pada majlis pernikahan ini juga, pengantin lelaki telah menyerahkan wang hantaran berjumlah RM77,000 dan mas kahwin, RM770. Manakala pengantin wanita pula menyerahkan dulang hantaran sebanyak sembilan dan dibalas tujuh untuk suaminya. Untuk info, suami Eina merupakan keturunan Sikh dan golongan VIP.

Gambar Kahwin Eina Azman Dan Datuk Paduka 31 Ogos 2014




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

Rahsia Langsing Dalam <b>Gambar Kahwin</b> - petua seharian

Posted: 22 Aug 2014 11:19 PM PDT

Rahsia 'Langsing' Dalam Gambar Kahwin

Mengambil foto kenangan ketika majlis perkahwinan anda, memang perkara wajib. Walaupun begitu, selepas berbulan-bulan berdiet dan bersenam, bentuk badan anda masih tidak mencapai standard yang ditetapkan. Masih ada beberapa bahagian yang mahu 'disembunyikan' agar tidak kelihatan besar di dalam gambar. Apa perlu buat? Sedangkan andalah 'highlight' utama di dalam gambar. Takkan pula mahu bersembunyi di sebalik orang lain? Entri kali ini berkongsi rahsia bagaimana anda mahu tampak ramping ketika bergambar ketika hari bahagiamu.

Pertama sekali anda harus sempurnakan postur tubuh. Ketika berdiri mahupun ketika duduk, anda boleh nampak langsing. Dengan penjajaran tubuh yang betul, ia boleh membuatkan anda tampak dua atau tiga kilogram kurus daripada berat sebenar. Sebelum majlis perkahwinan anda, latih diri untuk membetulkan postur tubuh anda. Lakukan pergerakan ini tiga minit setiap sesi sebanyak lima kali sehari. Berdiri atau duduk dalam keadaan tegak.

Bayangkan seolah-olah anda mahu menegakkan tulang belakang anda. Pastikan dagu anda selari dengan tanah, dan garis telinga perlu seiring dengan bahu anda. Tarik nafas dan sentiasa pastikan perut ditolak ke belakang. Tegakkan belakang badan anda dengan 'menaikkan' dada dan tolak bahu ke belakang. Ketika ini, postur anda akan kelihatan seperti model yang berjalan di pentas peragaan. Jika anda merasa sakit pada belakang badan, bermakna latihan anda betul. Lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan buat anda.

Ini rahsia tampak langsing dalam foto! Ketika bergambar, pastikan anda membuka ruang antara tubuh dan lengan. Jangan rapatkan lengan pada tubuh kerana ia akan menyebabkan badan anda tampak besar. Terbaik, bergayalah dengan tangan yang dicekakkan pada pinggang. Ketika bergaya begini, pastikan bucu siku anda berada pada sisi tubuh dan bukannya ke belakang tubuh. Anda juga boleh menggunakan props seperti bunga tangan untuk mengelak daripada bergaya dengan lengan rapat ke tubuh.

Elakkan dagu tampak berlapis dengan membenarkan juru foto mengambil gambar anda atas daripada paras mata. Bergaya begini akan membuatkan anda kelihatan seolah-olah 'terhenyak' dan menyembunyikan leher anda. Akibatnya, dagu kelihatan berlapis dan leher tidak kelihatan. Seeloknya ketika bergambar, tegakkan muka anda. Jangan terlalu mendongak kerana ia nampak janggal.

Pastikan ketika bergaya, anda tolak tubuh ke hadapan sehingga merasa lengkungan terbentuk pada belakang tubuh. Namun hati-hati buat pemilik tubuh berisi kerana gaya begini cenderung menampakkan anda seperti buncit. Anda juga tidak digalakkan untuk memandang terus kepada kamera. Berikan side wajah pada kamera (tidak terlalu banyak) supaya muka tidak kelihatan besar.

Tips Drp pesonapengantin

Petua Seharian petuaseharian@blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Popular Post