Thursday 11 September 2014

Gambar Kahwin Menang Hadiah Utama Anugerah Selfie Dunia ... - Gambar Oh Kahwin

<b>Gambar Kahwin</b> Menang Hadiah Utama Anugerah Selfie Dunia <b>...</b> - Gambar Oh Kahwin


<b>Gambar Kahwin</b> Menang Hadiah Utama Anugerah Selfie Dunia <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2014 06:36 PM PDT

SEKEPING gambar selfie di hari perkahwinan membawa tuah kepada pasangan pengantin baru Andrew Robinson dan Sally Rose apabila mereka memenangi hadiah utama dalam Anugerah Selfie Dunia.

Gambar berkenaan dirakam oleh pasangan tersebut ketika mereka memeterai perkahwinan di sebuah gereja di Treales, Lancashire.

Pengantin baru menang Anugerah Selfie Dunia

Menurut Robinson, ianya bermula sekadar rakaman gambar untuk keseronokan, tetapi juruukur binaan itu nyata amat teruja selepas menyedari ada pertandingan selfie di internet.

"Saya memutuskan untuk mengambil selfie setelah mendapat kelulusan daripada paderi dengan menggunakan 'pengapit lelaki' saya, iPhone," katanya.

Pasangan itu yang kini menetap di Manchester, tetapi bersedia untuk berpindah ke rumah baru mereka di Preston, bertemu di sekolah menengah dan bertunang dua tahun lalu di bahagian atas Menara Empire State.

Menurut Sally yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Royal Preston, dia bukan penggemar media sosial dan tidak tahu langsung suaminya menghantar penyertaan untuk Anugerah Selfie Dunia anjuran oleh Mobiles.co.uk.

Gambar selfie Andrew dan Sally dimuatkan dalam ruangan perkahwinan Lancashire Evening Post Julai lalu. Mereka memenangi hadiah telefon pintar pilihan sendiri, selain piala kristal yang terukir dengan selfie mereka.
 

No comments:

Post a Comment

Popular Post